Anak Ugut Bunuh Bapa Mertua Gara-Gara Tidak Diberi RM30 Di Miri

MIRI: Gara-Gara tidak diberi wang sebanyak RM30, seorang lelaki sanggup mengugut mahu membunuh bapa mertuanya 52 tahun di Jalan Ulu Niah Miri.

Memetik laporan Utusan Sarawak pada Sabtu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Stanley Jonathan Ringgit berkata, suspek berusia 30-an, sebelum itu meminta wang RM30 daripada mangsa tetapi tidak diendahkan.

Berang dengan sikap bapa mentuanya, menantunya itu marah lalu mengamuk mencapai pisau sayur. Bagaimanapun, menurut Stanley, mangsa sempat merampas pisau terbabit sehingga terpaksa mengalami kecederaan pada jari hantunya.

Menurut mangsa, beliau tidak melayan permintaan menantunya kerana percaya menantunya menggunakan wang tersebut untuk membeli dadah.

Mangsa membuat laporan polis bagi mengelak hal sama berulang lagi dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. – Sarawakvoice

Comments