Kanak-Kanak Perempuan 8 Tahun Putus Jari Ditetak Bapa Saudara Di Batu 10

KUCHING: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun putus jari kelingking dan cedera jari hantu tangan kanannya akibat ditetak bapa saudaranya dalam satu kejadian di Batu 10Jalan Penrissen, di sini sekitar jam 1.30 petang tadi.

Difahamkan suspek berusia 31 tahun bertindak sedemikian berpunca daripada dendam selepas bapa mangsa melaporkan kepada polis berhubung penglibatannya dengan beberapa kespecah rumah pada tahun lepas.

Ekoran laporan tersebut menyebabkan suspek ditangkap dan nekad membalas dendam selepas dibebaskan."Suspek pergi ke rumah yang disewa oleh keluarga mangsa dan terus bertindak menetak mangsa dan mujur kejadian disedari oleh abang mangsa dan terus menghalang suspek yang kemudian melarikan diri," kata sumber.

Laporan polis berhubung kejadian telah dibuat dan usaha menjejaki suspek kini sedang giat dijalankan.Mangsa yang cedera juga telah dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden AidilBolhassan yang mengesahkan insiden tersebut dan memberitahu suspek juga mempunyai lima rekod jenayah lampau.

"Hebahan dan tindakan mengesan suspek sedang dipergiatkan," kata Aidil. -Utusan Borneo online

Comments