Lelaki Ditemui Mati Tergantung Di Mukah

MUKAH: Seorang lelaki dalam lingkungan 30-an ditemui mati dalam keadaan tergantung di kediaman keluarganya di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian berkenaan, mangsa yang mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak dikatakan tidur di rumah keluarganya di Tellian Ulu.

Bagaimanapun, adik perempuannya hairan kerana abangnya tidak menyahut panggilan untuk turun ke tempat kerja serta bersarapan pagi kerana jam sudah menunjukkan jam 11 pagi.Adik mangsa yang membuka pintu bilik terkejut apabila mendapati mangsa sudah terkulai layu tergantung di hadapan pintu bilik.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau ketika dihubungi mengesahkan laporan berhubung kes itu telah diterima dan ia diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut (SDR). -Utusan Borneo online

Comments