6 Sekeluarga Cemas Dirompak 3 Perompak Di Batu Kawa

KUCHING: Enam sekeluarga berdepan cetik cemas apabila kediaman mereka dimasuki tiga perompak bersenjata dalam satu insiden di Sri Moyan, Batu Kawa.

Dalam kejadian sekitar jam 5 pagi itu, keluarga berkenaan dikatakan sedang nyenyak tidur apabila dikejutkan dengan kehadiran tiga lelaki bertopeng.

Semasa insiden tersebut, mangsa bersama isteri serta lima anaknya berada di tingkat atas rumah mereka.

Kumpulan suspek itu bertindak mengikat tangan ahli keluarga malang tersebut menggunakan wayar kipas angin yang dipotong.

Kemudian dua daripada suspek menyelongkar barang dalam rumah tersebut sebelum melarikan diri bersama wang tunai lebih RM1,000, telefon bimbit dan beberapa barang lain.

Kesemua suspek dikatakan berpakaian serba hitam, menggunakan sarung tangan dan penutup muka.

Suspek dipercayai masuk melalui tingkap bahagian dapur dengan cara mengumpil besi.

Siasatan awal forensik di tempat kejadian telah mendapati dua keratan kabel warna kelabu dan dua potongan dawai kuning ditemui, bagaimanapun tiada kesan cap jari diperoleh di tempat kejadian.

Kesemua keluarga dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan dan mangsa telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Comments