Mayat Lelaki Ditemui Tergantung Diatas Pokok

SARIKEI - Polis meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga agar tampil ke mana-mana balai polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang lelaki yang didapati tergantung pada sepohon pokok di tepi Jalan Tanjung Manis -Sibu berhampiran pejabat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Belawai.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Suprintenden Mat Jusoh Muhammad berkata, polis telah dimaklumkan oleh orang awam mengenai penemuan mayat tersebut kira-kira 7.50 pagi tadi.

Menurutnya, semasa ditemukan mayat tersebut berbaju T dan berseluar pendek berwarna coklat.    
"Juga terdapat sepasang selipar berwarna biru berdekatan pokok itu, satu beg berwarna biru mengandungi makanan ringan, sabun, berus gigi dan pakaian. Tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat," katanya


Comments