3 Sekawan Cedera Diserang Di Jalan Ang Cheng Ho Kuching

KUCHING: 3 sekawan cedera selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjata dipercayai objek tajam dalam insiden pergaduhan di Jalan Ang Cheng Ho.

Menurut sumber, kesemua mangsa sebelum itu baharu pulang dari sebuah pusat hiburan.

Dipercayai berlaku salah faham antara tiga lelaki berkenaan dengan sekumpulan lelaki lain yang berada di luar premis terbabit.

Salah faham itu kemudian menyebabkan pertengkaran mulut antara mereka sehingga mencetuskan pergaduhan.

“Mereka yang ramai sekitar belasan orang datang menyerang tiga mangsa.

Ketiga-tiga mereka mengalami kecederaan sebelum dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Mangsa dikatakan cedera di bahagian bahu, tangan dan badan dipercayai ditikam dan dilibas menggunakan taji ayam.

Difahamkan mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Comments