Sarawak Cipta Nama Dalam Buku Guiness World Record Kerana Pakai kostum Kucing Beramai-Ramai

KUCHING: Ratusan individu juga warga Kuching memakai kostum kucing sebagai tanda sokongan untuk mencipta rekod dalam Buku Guiness World Record di Panggung Udara Kuching

Acara diadakan sempena Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2017 itu bagaimanapun akan diumumkan pada malam inioleh juri daripada Buku Guiness World Record.

Penganjur sebelum ini menyasarkan lebih 250 orang menyertai pemakaian kostum berkenaan bagi melayakkan mereka mencipta rekod yang harus melebihi had 250 orang individu.

Terdahulu sebelm itu semua peserta melalui proses kelayakan dan pra penilaian juri dari Rekod Dunia Guiness bagi memastikan semua memenuhi kriteria mencipta rekod dunia.Peserta dikehendaki memakai kostum kucing sepenuhnya bagi melayakkan mereka dalam program berkenaan. -Utusan Borneo Online

Comments