Warga Emas Terpaksa Pindah Rumah, Rumah Jadi Sasaran Pencuri Di Stapok

KUCHING: Seorang warga emas berdepan nasib malang apabila barang-barang di dalam rumahnya di Stapok dekat sini hampir licin dikebas pencuri.

Menurut sumber, pemilik rumah hanya menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan oleh jirannya.Difahamkan rumah itu telah ditinggalkan kosongsejak beberapa tahun lalu kerana pemilik telah berpindah di rumah baharu.

“Dia (pemilik) pindah sebab berasa tidak selamat, rumah sering dipecah masuk pencuri.“Sebab itu, dia tidak tinggal di rumah tersebut sejak beberapa tahun lalu dan dibiarkan kosong,”kata sumber.Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, suspek bersama beberapa rakannya dikatakan sedang mencabut kabel, jeriji besi serta pendingin hawa di rumah berkenaan.

Suspek berusia dalam lingkungan 40-an ditangkap oleh jiran yang berada di kawasan Polis Komuniti Stapok.Beberapa rakan suspek sempat melarikan diri menggunakan motosikal dan sebuah kereta bersama barang curi.

Pemilik dikatakan telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu untuk tindakan lanjut. -Utusan Borneo Online

Comments