4 Suspek Ditangkap Polis Kerana Memiliki Dan Tanam Ganja Di Bintulu

Bintulu: 3 orang lelaki dan seorang wanita ditahan polis kerana didapati memiliki dan menanam ganja di Bintulu pagi tadi.

Menurut info awa Kesemua mangsa ditangkap di Kuarters Gunasama, Persekutuan Bintulu.

Rentetan penangkapan tersebut pihak polis telah merampas 7.95 gram daun kering yang disyaki ganja, 2 pokok yang ditanam dalam bekas, 1 unit alat pengisar dan 1 unit meja kayu.

Setakat ini kesemua mangsa telah pun ditahan untuk siasatan selanjutnya dan anggaran harga dadah yang dirampas sekitar RM1800.

Comments