Beberapa jenis barang dan perkhidmatan dikenakan cukai GST sudah pun dilaksanakan sejak 1 April 2015. Ada banyak cakap-cakap tentang kelemahan GST dan kesannya kepada pengguna macam kita semua.
Baru-baru ini portal rasmi dari Jabatan Kastam Malaysia, atau GST telah mengeluarkan satu pengumuman dengan memaklumkan bahawa 60 jenis makanan akan dikeluarkan dari senarai barang makanan yang tidak dikenakan GST sebanyak 6%.
Ini bermakna beberapa jenis makanan termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, minuman dan rempah akan dikenakan GST. Menurut pemerhatian dari senarai tersebut, kebanyakan makanan yang akan dikenakan cukai GST merupakan makanan utama harian contohnya seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
Perintah ini dapat di lihat melalui laman sesawang GST dan memaklumkan bahawa perintah ini mula berkuat-kuasa pada 1 Julai 2017.
Senarai bahan makanan (berdasarkan Pindaan[2]2017 ) yang akan di kenakan GST
Makanan Laut belut (Anguilla spp.) Termasuk ikan, filet, stik dan ikan, masin, kering dan diperapikan todak (Xiphias Gladius) terdiri daripada ikan, filet, stik dan ikan, masin, kering dan diperap SayuranSayur-sayuran (sama ada atau dikukus dan beku) Kentang Kacang Bayam Jagung CendawanTimun Buah a (capsicum), lompat (Capers)Buah Buahan Kurma Buah ara Anggur Apricot Cherry Peach Plum Buah Buahan Segar (tidak di senaraikan)Teh/KopiTeh HijauKopi (kopi tulen, gula, krim, susu manis, atau dicampur pakej dibungkus secara individu) RempahKunyit Thyme, daun bay Minyak Minyak Kelapa Minyak Kacang MiMi beras (tidak termasuk perasa, perisa atau berasingan dibungkus atau berasingan)Kueh Teow/Laksa (tidak termasuk perasa, perisa atau berasingan dibungkus atau berasingan)Mi (segera)?
Sebelum ini satu pembentangan penyususunan semula pelepasan dan pengenaan cukai GST pada 4 Mac 2017 oleh Menteri Kewangan Malaysia dengan memasukkan pengenaan GST ke atas mi segera, mi dan laksa kering manakala dalam masa yang sama mi kolok tidak dikenakan GST.
Menjadi persoalannya kenapa mi segera, mi dan laksa kering dikenakan GST sedangkan ia adalah makanan orang kebanyakan dan orang susah.
Sumber:
https://www.hangat.com/14775-60-jenis-makanan-utama-dikenakan-gst-bermula-1-julai-2017/
Comments
Post a Comment