Azizul Ammar Akan Dipenjara 2 Tahun Jika Disabit Bersalah, Kerana Mempersendakan Nama Mendiang Ayah Watson Nyambek

Gara-gara mempersendakan nama mendiang ayah pelari pecut negara, Watson Nyambek, bekas pengacara program Sukan Tak SentralAzizul Ammar Abu Hassan atau lebih dikenali sebagai Ammar Titan semalam didakwa di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Produser program Sukan Tak Sentral, terbitan Primeworks StudiosAbdul Ghani Mohd. Mokhtar turut didakwa atas pertuduhan yang sama juga di mahkamah Sibu, Sarawak hari ini.

Mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Azizul Ammar secara sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan, yang boleh membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 22 Mei lalu kira-kira jam 11.30 malam di Hotel Medan apabila menyebut nama ‘Nyambek’ iaitu nama mendiang bapa Watson dalam keadaan menghina ketika menjadi pengacara pada program Sukan Tak Sentral yang disiarkan TV3.

Namun, majistret melepaskan kedua-dua tertuduh dengan jaminan RM3,500 dengan seorang penjamin dan kedua-dua tertuduh turut diarahkan untuk hadir ke mahkamah bagi sebutan semula kes pada 4 Julai depan.

Comments