Menteri hairan tiada orang puji harga minyak turun

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Hamzah Zainudin ‘hairan’ dengan sikap pengkritik yang bising apabila harga minyak naik tetapi membisu pula apabila ia turun.

“Pasal petrol ini saya hairan sesetengah orang ini kan bila harga naik 3 sen, macam-macam dia cerita. Bila turun seminggu, 2 minggu, 3 minggu berturut-turut turun senyap sahaja,” kata menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan itu hari ini.

Bercakap pada sidang media selepas merasmikan program kesedaran Akta Syarikat 2016, Hamzah berharap pengguna jelas bahawa kerajaan tidak boleh mengekalkan harga minyak selama-lamanya kerana pengaruh pasaran.

“Sudah tentu harga akan naik. Apabila sampai ke permintaan dan penawaran ini, bukan saya yang tentukan minyak di pasaran dunia,” katanya.

Comments