Guru suspek liwat murid 50 kali di Kapit direman 7 hari

KUCHING: Seorang guru yang menjadi suspek kes liwat membabitkan seorang pelajar berusia 14 tahun di Kapit, kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 21 Jun depan.

Pesuruhjaya Polis Negeri, Datuk Mazlan Mansor berkata, penahanan ini bagi membolehkan siasatan terperinci dilakukan oleh pihaknya.

“Sekiranya bukti yang kita peroleh mencukupi, kita akan mendakwa tertuduh pada kadar segera,” katanya lagi.

Suspek, seorang guru berusia 42 tahun merupakan pengajar di sebuah sekolah rendah di Ulu Kapit didakwa telah melakukan perbuatan terkutuk itu lebih 50 kali.

Dia melakukannya sejak Ogos 2015 di kuarters guru di sekolah terbabit selain di hotel di pekan tersebut.

Perbuatan itu diteruskan apabila pelajar malang terbabit meneruskan pelajaran menengahnya di daerah Mukah.

Jenayah pedofilia itu dilakukan pula di sebuah rumah di Kemunyang, Sibu, selain di hotel bajet di Sibu dan Mukah.

Suspek yang ditahan di Kapit telah dibawa ke Mukah untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 377 C kerana melakukan seks di luar tabii. – Sarawakvoice

Comments