Lelaki Ditemui Mati Dalam Kereta Di Pending

KUCHING: Seorang lelaki ditemui mati di dalam keretanya di belakang sebuah bangunan kedai di Pending di sini, semalam.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Huang berusia 70-an dikatakan ditemui oleh orang awam sekitar jam 3 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terus menghubungi pihak hospital untuk bantuan.

Bagaimanapun, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik yang bergegas ke tempat kejadian.

“Anggota polis yang dimaklumkan mengenai kejadian tersebut juga bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

“Difahamkan, mangsa mungkin meninggal dunia akibat serangan jantung,” kata sumber yang turut memberitahu mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah ACP Abang Ahmad Abang Julai yang mengesahkan kejadian tersebut memberitahu kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat. -Utusan Borneo Online

Comments