Lelaki Ditemui Mati Tergantung Di Kampung Rampangi

KUCHING:Seorang lelaki ditemui mati, dipercayai menggantung diri di Jalan Merbau, Kampung Rampangi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai ketika memgesahkan kejadian berkata, polis dimaklumkan tentang penemuan mayat itu pada jam 7.20 malam.

“Identiti mangsa kemudian dikenal pasti sebagai Aswandi Sahari, 44 tahun.“Mangsa berstatus duda dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetap.

Kematian mangsa kemudian disahkan oleh pihak paramedik yang berada di lokasi kejadian.

“Siasatan awal pihak polis mendapati tidak terdapat sebarang unsur jenayah dalam kejadian ini, justeru ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya lagi.

Mayat kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat dan pengesahan punca kematian. – Sarawakvoice

Comments