Lelaki Cedera Dibelasah Kerana Ceroboh Rumah Orang Dalam Keadaan Bogel Di Kuching

Kuching: Seorang lelaki  cedera teruk selepas dibelasah oleh orang awam malam kelmarin kerana menceroboh dua buah rumah di Kuching City Mall, Jalan Express Batu 4.

Menurut info, suspek dikatakan berasal dari Taman Samarindah, Kota Samarahan dan sebelum kejadian dikatakan menunggang sebuah motosikal dan bertindak memanjat masuk ke rumah orang dalam keadaan bogel.

Setakat ini suspek telah pun diserahkan kepada pihak polis dan kes masih lagi dalam siasatan

Comments