Lelaki Ditahan Polis Di Batu Kawa Kerana Mencuri Kabel

Kuching: Seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan polis kerana disyaki mencuri kabel di sebuah bangunan di Batu Kawa semalam.

Suspek yang berasal dari Kampung Sungai Maong ditangkap sendiri oleh pemilik bangunan tersebut, yang terserempak dengan suspek dalam keadaan mencurigakan di lokasi kejadian.

Menurut info, pengadu telah menemui perbagai bahan bukti di lokasi seperti pemotong besi, gergaji besi, srewdriver dan lain-lain.

Setakat ini suspek telah pun ditahan polis dan kes masih dalam siasatan pihak polis

Comments