Lelaki Ditemui Mati Berlumuran Darah Di Bintulu

Bintulu: Seorang lelaki tanpa identiti ditemui mati berlumuran darah di dalam bilik hotel di New Lead Inn di Jalan Keppel sekitar jam 7.40 pagi tadi.

Hasil siasatan pihak polis, sebilah kerambit telah ditemui berhampiran pintu bilik.

Setakat ini mayat telah pun dihantar ke hospital untuk dibedah siasat. Manakala hebahan telah dibuat bagi mengesan waris si mati dan kes masih lagi dalam siasatan pihak polis

Comments