Lelaki Ditemui Mati Di Dalam Bilik Di Miri

Miri: Seorang lelaki ditemui mati oleh pihak bomba sekitar jam 3.45 petang tadi di dalam bilik di Jalan HillStone Utama Miri.

Menurut info awal, pemilik rumah sewa dikatakan mahu membuka pintu rumah, namun tuan rumah gagal membuka kerana pintu telah dikunci dari dalam

Menyedari pintu rumah gagal dibuka, tuan rumah terpaksa menghubungi pihak bomba untuk membuka pintu yang telah terkunci.

Pihak bomba yang sampai sekitar jam 3.40  akhirnya berjaya membuka pintu tersebut, namun telah menemui satu mayat lelaki dewasa diruang tamu di dalam rumah tersebut.

Setakat inl mayat telah pun dihantar ke hospital dan punca kematian lelaki berkenaan masih lagi dalam siasatan.

Comments