Pemandu Langgar Lari Ketua Kaum Di Padawan Serah Diri Petang Tadi

PADAWAN: Polis Padawan sekitar jam 1.35 petang tadi telah menahan seorang lelaki berusia 42 tahun untuk membantu siasatan selepas dia menyerah diri di Cawangan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Padawan.

Lelaki tersebut yang berasal dari Kampung Danu dekat sini, dipercayai memandu kenderaan Proton Wira sebelum melanggar Jepus June, 53 tahun dari
Kampung Braang Sigandar sekitar jam 6.30 pagi.

Akibat rempuhan tersebut, mangsa tercampak ke bahu jalan dan mengalami cedera parah sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan mengesahkan tangkapan tersebut dan memberitahu pihaknya sedang mendapatkan perintah reman terhadap suspek.

Hasil siasatan awal, pihak polis telah merampas sebuah kereta Proton Wira di Kampung Danu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Sarawakvoice

Comments