Remaja 17 Tahun Ditahan Polis Selepas Aksi Kejar Mengejar Di Bintulu

Bintulu: Seorang remaja berusia 17 tahun ditahan oleh polis selepas aksi kejar mengejar di Jalan Nyigu, Bintulu Sebentar tadi.

Menurut info awal, remaja berkenaan lari daripada polis kerana dipercayai memandu tanpa lesen.

Rentetan daripada kejadian, pihak polis telah mengejar kereta suspek memandangkan suspek tidak mahu berhenti.

Akibat daripada insiden tersebut, suspek telah melanggar dari depan  kereta peronda polis hinga menyebabkan pegawai polis mengalami kecederaan ringan di kepala dan muka.

Suspek kemudian ditahan pihak polis dan kes masih lagi dalam siasatan pihak polis. -Kamek Miak Sarawak

Comments