KUCHING: Satok Uptown yang kini beroperasi di tapak Dewan Suarah Kuching bakal dipindahkan ke tapak baharu di kawasan berdekatan Limbongan Brooke atau Brooke Dockyard di Tebingan Kuching.
Ahli Majlis Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Wee Hong Seng pada sidang media penurapan semula jalan dalam bandar raya pada Isnin, berkata Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg mengumumkan hal ini pada Ahad lepas.
Menurut Wee, pihak DBKU masih merancang kesesuaian tapak berkenaan dan membincangkannya dengan Abang Johari.
Sementara pada sidang tersebut, Wee turut mengumumkan, sebaik sahaja mendapat kebenaran Kementerian Pengangkutan, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) sedia melaksanakan sistem zon tayar berkunci ke atas kenderaan yang diparkir sesuka hati di kawasan larangan oleh pemilik.
Peraturan tersebut dikuat kuasa menurut Wee bertujuan mengatasi masalah kesesakan lalu lintas terutama pada waktu sibuk di kawasan DBKU.
Wee kesal kerana terdapat individu yang sama melakukan kesalahan parkir sesuka hati di tapak larangan.
Justeru, penguatkuasaan seperti zon tayar berkunci diperlukan sebagai pengajaran -SarawakVoice
Comments
Post a Comment