3 lelaki ditahan polis kerana rogol kanak-kanak berusia 12 tahun di Limbang

LIMBANG: Tiga lelaki ditahan reman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rogol membabitkan seorang kanak-kanak perempuan di sini, semalam.

Suspek yang juga ayah kandung mangsa, 40, ditahan bersama sepupu mangsa yang juga adik beradik berusia 21 dan 17 ditahan jam 4.15 petang susulan laporan polis yang dibuat ahli keluarga mangsa semalam.

Menurut sumber, kejadian itu berlaku sejak mangsa, yang berusia 12 tahun,masih pra sekolah dan berlarutan hingga mangsa bersekolah rendah.

Kejadian itu katanya, disedari sebaik mangsa menceritakan perkara itu kepada ahli keluarganya pada petangkelmarin, jam 6 petang.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai ketika dihubungi  mengesahkan ada menerima laporannamun enggan mengulas lanjut. -Utusan Borneo Online

Comments