500 ekor anjing dan kucing disuntik vaksin anti rabies di Serian

Serian: Kira-kira 500 anjing dan kucing  di lima kawasan terjejas rabies di serian akan disuntik vaksin anti-rabies bagi mencegah penularan virus berkenaan.

Kerja-kerja penyuntikan vaksin itu melibatkan radius 10 kilometer di lima  kampung terbabit dan akan dilaksanakan dalam tempoh tujuh hari.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak menghapuskan empat anjing di Kampung Lebor, Gedong petang tadi.

Tindakan itu dilakukan atas permintaan penduduk kampung selepas haiwan itu menunjukkan tanda-tanda dijangkiti virus Rabies.

Diantara simptonnya ialah  air liur meleleh, kaki sakit serta bila melihat orang seperti mahu menerkam dan gigit.

Comments