ADUN Cadang Bina Taman Tema Kasino Di Kapit

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamin Christopher Gira Sambang mencadangkan kerajaan negeri membina sebuah taman tema dan sebuah kasino di kawasan Tunoh Kapit bagi merancakkan industri pelancongan Sarawak.

Memetik laporan Bernama, Gira berkata, Sarawak perlu mewujudkan lebih banyak produk pelancongan untuk menarik lebih ramai kedatangan pelancong di samping menyemarakkan lagi kekayaan seni budaya masyarakat pelbagai etnik di Sarawak khususnya.

“Ini adalah cadangan peribadi saya dan terpulanglah kepada kerajaan untuk meluluskannya,” katanya sambil menjadikan Singapura sebagai contoh.

"Republik itu berjaya menarik banyak pengunjung melalui pembinaan kasino Resort World Sentosa dan Marina Bay Sands, di samping taman tema Universal Studio," katanya
Menurutnya lagi, dalam tempoh 15 akan datang, kerajaan negeri merancang untuk menjadikan Lembangan Sungai Tunoh di daerah Bukit Mabong di Bahagian Kapit sebagai kawasan pengeluaran makanan dan pusat ekopelancongan. - Sarawakiana

Comments