Harga Petrol RON95, RON97 Dan Diesel Naik Mulai Esok - 27/07/17

BERMULA 27 Julai (esok), harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik 6 sen. Manakala diesel turut naik sebanyak 3 sen. Kenaikan harga petrol dan diesel akan berkuat kuasa bermula jam 12:01 pagi ini, 27/07/2017 hingga 02/08/2017.

Ini bermakna harga RON95 naik kepada RM2.03 seliter berbanding RM1.97 pada minggu lalu. Begitu juga harga RON97 naik kepada RM2.28 seliter daripada RM2.22 seliter.

Diesel turut naik kepada RM1.99 seliter berbanding RM1.96 pada minggu lalu.

SENARAI HARGA MINYAK BERMULA 27/07/17 - 02/08/17

RON95: RM2.03 (naik 6 sen)RON97: RM2.28 (naik 6 sen)Diesel: RM1.99 (naik 3 sen)

Comments