BINTULU: Dipercayai sekurang-kurangnya seorang rentung dalam satu insiden kebakaran lori tangki minyak di Jalan Kidurong dekat sini, sebentar tadi.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii ketika mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian sekitar jam
11.53 pagi.
“Dua jentera Scania dengan kekuatan 10 anggota kemudian dikejarkan ke lokasi sekitar jam 11.54 pagi dan tiba di lokasi lima minit kemudian.
Berdasarkan laporan lokasi, katanya, sebuah lori tangki yang membawa minyak terbakar, dan menyambar sebuah pacuan empat roda Hilux serta tiga kenderaan lain.
“Api turut marak sejauh 200 kilometer,” katanya.
Ketika ini, operasi pemadaman masih dijalankan, sebelum siasatan lanjut berhubung mangsa dapat dilakukan. -SarawakVoice
Comments
Post a Comment