Kanak-Kanak Cedera Di Kepala Rempuh Kereta

Kuching: Seorang kanak-kanak lelaki cedera dalam satu kemalangan di hadapan Yayasan Sarawak sekitar jam 5. 40 petang tadi.

Menurut info awal, kemalangan berpunca setelah kanak-kanak yang dikenali sebagai Nur Hafiz Izzmi tersebut merempuh belakang sebuah kereta ketika membuat latihan berbasikal di jalan berkenaan.

Setakat ini mangsa yang cedera di bahagian kepala telah pun dihantar ke hospital untuk tindakan selanjutnya

Sumber: APM Sarawak

Comments