Siasat jualan wang kertas Sarawak di laman ebay

KUCHING: Kerajaan negeri akan menyiasat lelongan 'wang kertas Sarawak' menerusi laman eBay.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan Negeri-Persekutuan dan Pemantauan Projek) Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, berkata kegiatan itu adalah salah dari segi undang-undang.

Tambah beliau, ia juga sangat tidak masuk akal dan hina kerana menyalahgunakan gambar Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

"Ini tidak boleh diterima, kami akan menyiasat mengenai perkaraini," katanya ketika ditemui pada majlis ramah tamah Hari Raya bersama Bank Simpanan Nasional(BSN) Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

'Wang kertas' tersebut, yang turut menggunakan Jata Sarawak serta tertulis Kerajaan Sarawak didapatisudah lama dijual di eBay, dan telah dibeli kira-kira 200 orang. -Utusan Borneo Online

Comments