Seorang lagi budak disyaki miliki simptom rabies, dikhuatiri kes keempat

KUCHING: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim ketika melawat Hospital Umum Sarawak mendedahkan terdapat seorang lagi kanak-kanak dari Kampung Lebor, Serian masih disyaki memiliki simptom berupa rabies kini dalam perhatian doktor.

Menurut MalaysiaGazette kanak-kanak berusia 7 tahun itu dirawat di Unit Rawatan Rapi selepas demam digigit anjing dengan berlaku perubahan sikap ketara pada kanak-kanak terbabit.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian bagaimanapun berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) belum mengeluarkan laporan perihal maklumat lanjut berhubung perkara tersebut.

Sim bagaimanapun ketika menghubungi Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri di DUN Lama berharap kes tersebut negatif rabies.

Memetik Utusan Borneo pada Isnin, bapa saudara kanak-kanak dari Apungan, Serian yang masih dalam perhatian itu, Asem Ladong berkata anak saudaranya yang terkenal sopan sebelum ini berubah sikap berkelakuan agresif.

Perubahan sikapnya itu ditambah faktor tularan wabak rabies, keluarganya segera merujuk kanak-kanak terbabit ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik Hospital Umum Sarawak sejak 6 Julai lepas.

Menurut akhbar tersebut, bapa saudaranya memberitahu kanak-kanak malang itu sebelum ini digigit oleh anjing pada bahagian pipi dan tangan sebelum sambutan Gawai.

Kini, pihak hospital masih menunggu laporan keputusan ujian sampel darah dari Semenanjung Malaysia.

Bagaimanapun, selepas tiga mangsa disahkan positif rabies dengan dua daripadanya meninggal dunia minggu lepas, diharap ini bukan mangsa keempat serangan wabak berkenaan. – Sarawakvoice

Comments