Bot bawa 12 pemancing hilang di Tanjung Po

KUCHING - Seramai 12 orang pemancing bersama tiga kru dilaporkan hilang selepas bot yang dinaiki mereka gagal dihubungi serta dikesan kedudukannya selepas dipercayai mengalami kerosakan sejak malam tadi.

Pengarah Daerah Maritim Malaysia (DM11), Kepten Maritim Shahref Steve Mac Queen Abdullah berkata, kali terakhir tekong bot itu dihubungi ketika berada pada kedudukan 82 batu nautika timur laut, Tanjung Po dekat sini kira-kira pukul 4 petang semalam.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat diaktifkan selepas menerima laporan daripada pemilik bot tersebut kira-kira pukul 8.15 malam.

"Sebuah kapal peronda Maritim Malaysia telah digerakkan ke lokasi terakhir bot tersebut dikesan.

"Kita turut memohon orang ramai yang mempunyai maklumat tentang individu yang keluar memancing dengan menaiki bot itu agar segera menghubungi Pusat Operasi Maritim Wilayah Sarawak di talian 082-432544 bagi tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini. - K! ONLINE

Comments