Pub bertukar pusat judi siber pada sebelah siang diserbu polis, enam tahi judi dicekup di Kuching

KUCHING: Lima tahi judi dan seorang penjaga premis berbangsa Cina tapi warganegara Indonesia ditahan dalam satu serbuan bagi mengekang aktiviti judi online di Jalan Petanak di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, serbuan dilakukan di Terabai Blue Karaoke & Pub sekitar jam 3.20 petang semalam hasil maklumat awam.

“Para pemain yang ditahan berumur dalam lingkungan 24 ke 44 tahun dan mereka disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1953 dan Seksyen 5(1) Ordinan Hiburan 2001.

Kata Abang Ahmad, turut dirampas dalam serbuan itu ialah peralatan judi online, termasuk CPU, 2 unit monitor, keyboard, mouse, modem router dan lima unit tablet beraneka jenama.

“Kes masih dalam siasatan,” katanya lagi. – Sarawakvoice

Comments