KUCHING: Projek wifi percuma Kuching dilancarkan sempena Hari Bandaraya Kuching Ke-29 pada minggu hadapan, 1 Ogos di Stadium Perpaduan, Petra Jaya.
Sebagai bandar raya pertama menikmati perkhidmatan wifi percuma di Sarawak, khidmat wifi ini merangkumi jaringan wifi di Tebingan Sungai, Padang Merdeka dan Satok.
Untuk kemudahan pelancong mengakses maklumat berkaitan Sarawak, sepanjang jalan menuju lapangan terbang turut dipasang kemudahan wifi percuma ini.
Pengurus PP Telecomunication Sdn. Bhd, Dato Ir. Abang Jemat Abang Bujang berkata kemudahan yang tersedia ini, sesuai dengan gaya hidup digital ke arah menjadikan Kuching bandar raya bijak.
Bercakap pada sidang media Majlis Perasmian Hari Bandaraya Kuching Ke-29 dan Kuching City Parade di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, Abang Jemat menyifatkan projek tersebut selari dengan cita-cita ekonomi digital Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.
Dipercayai 60 peratus rakyat di bandar raya ini merupakan golongan muda yang sentiasa berdamping dengan gajet digital masing-masing dan projek ini relevan dengan gaya hidup terkini masyarakat. – Sarawakvoice
Comments
Post a Comment