Lelaki Dibaham Buaya Di Betong

BETONG: Seorang pekerja ladang kelapa sawit warganegara Indonesia dibaham buaya di hadapan rakannya ketika hendak memeriksa pancing selepas balik kerja lewat petang semalam.
Mangsa, Sulaiman berusia 25 tahun, dikatakan memeriksa pancing di Sungai Pelasan, Beladin dekat sini.
Sumber polis memberitahu kejadian berlaku pada kira-kira jam 6.00 petang ketika hendak memeriksa pancing.
Ketika disambar buaya, rakannya Jusran cuba menarik tangan mangsa namun tidak berupaya.
Pada masa kejadian, arus sungai juga deras dan sedang pasang.Laporan polis telah dilakukan Jusran sejurus selepas itu di Balai Polis Pusa.
Operasi mengesan mangsa dilakukan hari ini. -Utusan Borneo Online

Comments