Lelaki Dikejarkan Ke Hospital Kerana Melecur Muka Dan Badan

KUCHING: Seorang lelaki dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Umum Sarawak (HUS) akibat melecur di muka dan badannya dalam satu insiden d Kampung Tabuan Melayu disini sekitar jam 10 malam tadi.

Mangsa berusia 48 tahun itu yang dikatakan melecur 45 peratus di badan serta muka kemudian dirujuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk rawatan lanjut.

Sehingga berita ini ditulis, punca kejadian masih belum diketahui dan terdapat sumber mengatakan mangsa cuba bunuh diri dengan membakar dirinya.

Bagaimanapun, belum ada pihak yang dapat mengesahkan perkara tersebut. -Utusan Borneo Online

Comments