Lelaki Ditahan Polis Di Kampung Bintawa Hilir, Kerana Bawa Dadah Di Dalam Beg

Kuching: Seorang lelaki ditahan oleh polis di tepi jalan di Kampung Bintawa hilir tengahari tadi kerana membawa beberapa jenis dadah di dalam begnya.

Menurut info awal suspek berusia 23 tahun dan berasal dari kampung berkenaan.

Hasil pemeriksaan polis di dalam beg yang dibawa oleh suspek, polis telah menemui beberapa jenis dadah.

Antaranya ialah 5 paket plastik lutsinar yang disyaki dadah jenis syabu, 24 biji pil Eramin 5    dan 14 tiub straw lutsinar yang dipercayai didalamnya mengandungi dadah jenis syabu.

Setakat ini suspek telah pun ditahan oleh polis untuk siasan selanjutnya

Comments