Lelaki Ditemui Mati tergantung Di Beladin

BELADIN: Seorang lelaki ditemui tergantung dengan tali dalam keadaan tidak lagi bernyawa di kediamannya di Kampung Hulu di sini pagi semalam.

Lelaki berkenaan yang berusia dalam lingkungan lewat 30-an ketika ditemui masih tergantung dengan tali pada leher dan menggunakan seluar jeans berwarna kelabu serta baju warna biru pudar.

Mangsa yang dikenali penduduk kampung itu sebagai Manan dikatakan sudah beristeri dan mempunyai anak.

Mangsa sebelum ini menjalankan pekerjaan sendiri sebagai pemborong ikan.

Mayat mangsa kini berada di Hospital Betong untuk tujuan siasatan lanjut kes oleh pihak polis. – Sarawakvoice

Comments