Siti Nurhaliza baca berita Nasional 8 di TV1 RTM?


KUALA LUMPUR: Jangan keliru, pembaca berita Nasional 8 di TV1 siaran RTM yang mirip penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin atau Tok Ti, sebenarnya ialah Normazalina Mohd Nor.

Memetik mStar pada Isnin lepas, Normazalina, 33 memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada 2009 dan mula membaca berita pada 2010.

Normazalina berhenti kerja di agensi media berkenan untuk berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 2013.

Normazalina menjadi perhatian apabila gambarnya membaca berita 8 malam tular di laman sosial sejak Sabtu lalu.

Bagi Normazalina, wajah dia dan Siti Nurhaliza tidaklah terlalu seiras, cuma pengaruh teknik solekan jurusolek menjadikan wajahnya seiras Tok Ti apabila tampil di televisyen.

Normazalina mengaku selama ini tidak pernah berpeluang bertemu Tok Ti secara dekat walaupun dia berhajat menemuinya yang selalu datang ke RTM.

Normazalina walaupun sudah berhenti bekerja sebagai wartawan penyiaran, namun masih lagi membaca berita secara sambilan di RTM pada hujung minggu. – Sarawakvoice

Comments