MIRI: Polis berjaya menahan enam suspek berhubung kes khianat pecah kereta pemandu GrabCar dalam tiga tangkapan berasingan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata suspek pertama berusia 19 tahun ditahan Jumaat lepas kira-kira pada jam 8.20 malam di Lutong.

"Manakala suspek kedua berusia 34 tahun ditangkap beberapa jam kemudian di Jalan Chia Zhe.

"Semalam (8 Julai), empat lagi suspek berusia dalam lingkungan 21 hingga 32 tahun ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Desa Seri, Miri kira-kira pada jam 3 petang," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurut Dev, kesemua suspek kini ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan.

Dalam kejadian 1 Julai lepas, seorangpemandu GrabCar mengalami kerugian setelah keretanya dipecah dibahagian cermin depan dan belakang serta keempat-empat cermin pintu oleh empat individu tidak dikenali dalam satu kejadian di Emart Tudan. -Utusan Borneo Online

Comments