Misteri Hantu Koklir Di Sarikei

Hantu Koklir adalah sejenis makhluk yang amat mengerikan bagi penduduk di sekitar Sarikei. Makhluk ini sering berkeliaran didalam hutan, kebun-kebun, dusun-dusun mahupun ditepian sungai.

Hantu Koklir dikatakan akan membuat bunyian seperti ayam mengetak untuk memperdayakan mangsanya. Biasanya mangsa menjadi leka dan menjadi korban hantu koklir.

Ada juga penduduk mengatakan bahawa hantu koklir boleh menggegarkan pondok-pondok disekitar dusun setelah mengetahui terdapat manusia untuk dijadikan mangsanya.

Bunyi seperti seretan kaki adalah contoh kelibat hantu koklir semakin menghampiri. Mangsa kegemarannya adalah lelaki yang memasuki hutan atau bermalam didalam dihutan atau didusun-dusun. Mangsa yang tidak bernasib baik akan diratah oleh makhluk ini.

Setakat ini Sejauh mana kesahihan dan kebenaran cerita Hantu Koklir ini masih lagi belum dapat dipastikan lagi. Kerana ada yang mempercayainya dan ada juga yang tidak mempercayainya.

Comments