PRU14 Penduduk Rumah Panjang Tidak Harus Menentang Kerajaan



BINTULU: Penduduk rumah panjang tidak harus menentang kerajaan sebaliknya terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing.

Beliau berkata, ini kerana masih banyak program pembangunan akan dilaksanakan.

Memetik laporan Utusan Borneo, meneurutnya, penduduk rumah panjang khasnya belia perlu terus menyokong kepimpinan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Jangan hanya kerana wujud perasaan tidak puas hati terhadap sesuatu projek mengundang perasaan marah serta membenci kerajaan kerana cepat atau lambat projek pembangunan tetap dilaksanakan,” katanya.

Tiong berkata, kerajaan sememangnya dalam proses menyiapkan jalan serta melaksanakan pelbagai projek pembangunan khususnya kemudahan prasarana dan infrastruktur bagi kemudahan penduduk di kawasan terbabit.

“Justeru, penduduk harus bijak memilih kepimpinan yang benar-benar dapat membantu rakyat dalam pelbagai perkara khususnya yang melibatkan projek pembangunan di kawasan mereka,” ujarnya.

Beliau turut menasihati golongan belia rumah panjang terutama yang berkeinginan menyandang jawatan tuai rumah supaya tidak menimbulkan sebarang masalah tidak relevan yang boleh menyumbang kepada perbalahan serta perpecahan masyarakat.-Sarawakiana

Comments