Sarawak Hantar Peguam Ke London Cari Rujukan Perjanjian Malaysia 1963

SIBU, 1 Julai (Bernama) -- Sarawak menghantar sepasukan peguam ke London untuk mencari dan meneliti rujukan berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA1963) bagi menentukan hak-hak sebenar negeri ini yang termaktub di bawah perjanjian tersebut.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata pasukan peguam berkenaan diketuai Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Negeri Persekutuan dan Pemantauan Projek, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

"Memang kita teruskan usaha Tok Nan (bekas Ketua Menteri Allahyarham Tan Sri Adenan Satem) untuk medapatkan hak kita yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia. Sebab itu kita hantar Sharifah Hasidah dan kumpulan peguam ke London untuk melihat dan mencari rujukan," katanya.....

Comments