16 PATI pikul 17 guni pakaian terpakai dicekup tentera di sempandan Sarawak-Kalimantan

TEBEDU: Cubaan 16 pendatang tanpa izin (PATI) menyusup keluar dari sempadan Sarawak-Indonesia menggunakan lorong tikus semalam berjaya dipatahkan anggota Batalion ke-10 Rejimen Renjer Diraja yang melaksanakan Op Awas di kawasan tersebut.

Jurucakap Divisyen Pertama Infantri Malaysia berkata, dalam operasi sekitar jam 11.40 pagi yang diketuai oleh Leftenan Muda Ikram Ishak di lorong  tikus berhampiran kebun Kampung Entubuh, Tebedu, mereka menemui dan menahan empat wanita dan 12 lelaki dalam linkungan umur 21 hingga 62 tahun.

“Susulan penahanan itu, turut dirampas 17 guni pakaian dan beg tangan terpakai yang cuba diseludup keluar.

Kesemua PATI tersebut kata jurucakap itu lagi, telah dibawa ke Balai Polis Tebedu untuk serahan kes sekitar jam 12.28 tengah hari.

Mereka kemudian dibawa ke Depot Tahanan Sementara Imigresen Kem Semuja di Gedong pada jam 3.30 petang. – Sarawakvoice


Comments