SERIAN - Penduduk-penduduk Kampung Paon Sungai Rimu dan Kampung Paon Sungai Rimu Bakung di sini telah diarah mengurung anjing dan kucing mereka mulai hari ini ekoran penularan virus Rabies atau penyakit anjing gila.
Jabatan Kesihatan Sarawak, Jabatan Veterinar dan Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan Sarawak (SSPCA) mengeluarkan arahan itu pada pertemuan dengan penduduk kampung berkenaan, yang terletak kira-kira 80 kilometer dari Kuching, pagi tadi.
Comments
Post a Comment