Abang Bolhi Wira Tak Didendang Kebanggaan Sarawak

Beliau adalah wira yang tidak didendang yang menjadi kebanggan kita warga Sarawak. Mungkin ramai yang masih tidak mengenalinya. Namun jasa beliau terhadap Malaysia secara amnya amat besar.
Beliau Pernah dihantar dalam Operasi tinjauan di Hutan Simpan Kinta, Perak pada 13 Jun 1971 untuk membenteras komunis. 
Menurut beliau dalam operasi tersebut beliau dan rakan-rakan telah bertempur dengan komunis lebih kurang sejam dengan 30 hingga 60 orang komunis menyerang mereka. Akibat pertempuran tersebut, beliau terkena dua tembakan dengan satu peluru menembusi dada kanan manakala satu lagi peluru terkena tangan kiri manakala rakannya Kapten Mohamad Chandran mati ditembak. 
Beliau diselamatkan tiga hari kemudian dan dijumpai dalam keadaan separuh sedar akibat luka yang parah dan sudah berulat. 
Tidak banyak cerita dan sumber tentang wira yang tak didendang ini. Namun penulis yakin mungkin ada banyak lagi cerita jika mempunyai kesempatan menemu bual wira hebat dari Sarawak ini.
Namun difahamkan wira Malaysia yang berpangkat Pegawai Waren II iaitu Abang Bolhi Abang Doladi ini telah pun menerima pingat tahun lepas di di Kem Muara Tuang sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-82 diatas pengorbanannya berjuang untuk negara dalam membanteras penganas komunis.
#SalamKemerdekaan #SarawakMerdeka22Julai

Comments