38 Fakta Menarik Mengenai Kuching

1. Kuching adalah bandar pertama di negara ini di mana pemandu boleh membelok apabila terdapat papan tanda "turn left when exit is clear" yang mana ianya sah di sisi undang-undang! (Sekarang baru mula dilaksanakan di Putrajaya)

2. Lebih daripada 50 peratus daripada rumah-rumah di Kuching adalah rumah semi-detached dan banglo, jauh lebih banyak daripada mana-mana bandar lain di Malaysia.

3. Kebanyakan gadis-gadis cantik di Kuching keluar tanpa make-up, memakai seluar pendek yang santai, T-shirt dan berseliparkan Jepun.

4. Kuching adalah bandar di mana majoriti keluarga di sini mempunyai motto "satu orang, satu kereta", dan bukan "satu keluarga, satu kereta". Apabila anak-anak mula mendapat lesen memandu kereta, mereka akhirnya akan mempunyai kereta mereka sendiri.  Pelajar tingkatan 5 akan memandu sendiri ke sekolah.  Walaupun harga bahan api dinaikkan, bilangan kereta dalam keluarga masih tetap sama.

5. Bulatan Kuching  sangat besar berbanding dengan bandar-bandar lain. Ia adalah hampir bersamaan dengan setengah padang bola sepak!

6. Penduduk di sini sering merujuk lokasi di bandar dengan menggunakan perkataan "batu". Contohnya Batu 3, Batu 4, Batu 5, dan sebagainya.

7. Banyak kedai-kedai di Bandar mula ditutup pada sekitar jam 6 petang hingga 10 malam.

8. Majoriti penduduk di Kuching lebih memfokuskan kepada family-minded daripada money-minded.

9. Tempat-tempat yang pelancong  biasanya akan lawati apabila mereka berada di Kuching ialah Jalan Song (untuk makanan), Taman Sahabat (untuk dating), kawasan Waterfront (untuk bersantai), kampung budaya (budaya), Pantai Damai (untuk pantai), Santubong (untuk mendaki), dan pelbagai taman negara (untuk flora dan fauna).

10. Makanan WAJIB apabila melawat Kuching adalah Mee Kolok, Mee Po, Mee Kampua, Laksa Sarawak, Kek Batik/Lapis, Kueh Chap, 7th Mile Teh C Peng, dan yang paling penting, Mee Tomato.

11. Kuching mempunyai satu bangunan Dewan Undangan Negeri yang paling mewah dan terbesar. Ianya seperti sebuah istana!

12. Majoriti penduduk di sini lebih bertamadun berbanding dengan bandar-bandar lain di Malaysia dan kebanyakan mereka adalah sangat ramah. Ini fakta!

13. Pelbagai bahasa boleh dikuasai oleh penduduk di sini seperti bahasa Sarawak, bahasa Iban, bahasa Bidayuh, bahasa Hokkien, bahasa Mandarin, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, dan sebagainya.

14. Jangan terkejut jika anda melihat bukan Melayu fasih bercakap Iban atau bahasa Sarawak, dan Melayu Sarawak bercakap dalam Mandarin. Ia adalah perkara biasa di sini.

15. Kebanyakan lelaki tempatan di sini mempunyai tatu pada badan mereka.

16. Jangan menyangka semua rumah panjang hanya diperbuat daripada kayu, dibina di tengah-tengah hutan, tanpa bekalan elektrik dan air, yang masih hidup dengan hanya bergantung kepada satu aliran sungai disekitarnya. Ia tidak benar! Kebanyakan rumah panjang di sini sudah maju dan kelihatan seperti sebuah rumah teres panjang dengan bekalan elektrik dan air yang banyak.

17. Kebanyakan kereta di Kuching adalah kereta seperti Porche, Mazda RX8, Nissan Skyline, Toyota, Honda dan import (ini menunjukkan bahawa orang-orang di sini agak kaya). Walau bagaimanapun, terdapat juga banyak Perodua Viva dan Kancil (untuk sewa dan penggunaan ekonomi).

18. Kuching mempunyai banyak foodcourts, di mana gerai muslim dan gerai non-muslim dibuka sebelah-menyebelah sahaja. Anda boleh menempah sate dan Mee Kolok dan sate dan makan serta duduk semeja bersama dengan pelbagai kaum! ("Perpaduan" to the max here!).

19. Di Kuching, anda boleh pergi berkayak di laut, meneroka gua, merentas hutan, mendaki gunung, membeli-belah, melawat taman negara, melawat pasar sempadan (Serikin-Indonesia / Malaysia) semua dalam satu jam perjalanan. Anda tidak dapat berbuat demikian di bandar-bandar lain di Malaysia. Anda tidak boleh melakukan aktiviti berkayak, mendaki gunung, dan merentas hutan di KL.

20. Kuching mempunyai banyak gereja.

21. Kuching merupakan sebuah bandar yang mempunyai dua Tentera Keselamatan.

22. Kuching mempunyai sebuah tempat bernama Wisma Saberkas yang serupa dengan Low Yat Plaza di KL yang menjual alat elektronik.

23. Kuching adalah di mana anda boleh mencari "Whitelady" dalam hampir semua gerai-gerai minuman (hanya orang Kuching tahu apakah yang dimaksudkan).

24. Waterfront Kuching adalah tempat di mana anda boleh mencari "gambir" yang boleh dijual secara sah di mana-mana. (hanya Sarawakian akan tahu apakah itu gambir).

25. Jenama motosikal ‘demak’ dihasilkan di Kuching (itulah sebabnya mereka mempunya Demak Laut Industrial).

26. Kuching mempunyai sebuah kompleks khas di Kenyalang Park di mana CD cetak rompak / DVD dijual seperti  seolah-olah ianya sah di sisi undang-undang!

27. Kuching adalah satu-satunya bandar di Malaysia yang mempunyai dua datuk bandar (DBKU dan MBKS).

28. Orang Kuching biasanya malas untuk berjalan, mereka akan meletakkan kenderaan mereka hanya bersebelahan dengan kedai kopi yang mereka kunjungi, seboleh-bolehnya di tepi meja yang mereka duduk, walaupun mereka tahu ia adalah salah.

29. Mereka tidak ketagih Tutti Frutti atau Baskin Robbins, tetapi mereka akan pergi ke Sunny Hill Ice Cream pada hari yang panas!

30. Kuching mempunyai banyak pasangan kahwin campur! Dan mereka menghormati semua jenis agama! Anda boleh melihat orang Melayu yang menghadiri majlis perkahwinan di Gereja Katolik, atau Cina lepak-ing dengan orang Melayu. Normal!

31. Teh 3 layer berasal dari Batu 7, Kuching.

32. Kuching mempunyai jalan yang bernama ‘Jalan Keretapi’ tanpa sebarang tanda-tanda yang keretaapi berada di situ!

33. Anda akan tahu apa itu ‘terubuk’ dan ‘midin’ jika anda pernah pergi ke Kuching atau Sarawak.

34. Kuching mempunyai rumah urut yang sangat banyak. Anda boleh menjumpai sekurang-kurangnya 20 iklan bagi rumah urut yang berbeza dalam satu halaman akhbar Cina di sini.

35. Di Kuching, lorong kiri biasanya lorong yang lebih laju dari lorong kanan. Sila ingat siap-siap jika anda ingin memandu di bandaraya Kuching!

36. Di Kuching, tidak ada ‘jalan yang salah’ bagi setiap perjalanan anda, kerana dimana saja arah yang anda pilih, ianya masih boleh membawa anda ke destinasi anda. Terdapat beribu-ribu short-cut di sini!

37. Tidak kira betapa kotornya bandaraya Kuching, ianya tetap masih bersih dari mana-mana Bandar di Malaysia ini.

38. Bandar Kuching telah terpilih sebagai salah satu bandar paling sihat di dunia, diiktiraf dan dianugerahkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia, dan Perikatan untuk Bandar Sihat.

Sumber: vulcanpost

Comments