ASAJAYA: Seorang warga emas ghaib selepas keluar mencari ketam di Pasir Ambal, Kampung Serpan Laut di sini, sejak dua hari lalu.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya dimaklumkan akan insiden tersebut sekitar jam 1 petang tadi, tepat 36 jam kali terakhir mangsa dilihat.
“Sebuah van Urvan dengan kekuatan empat anggota kemudian diatur gerak ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan sejurus menerima maklumat dan tiba di lokasi sekitar sejam kemudian.
“Mangsa yang dikenal pasti sebagai Lembong Pin, 75 tahun merupakan penduduk dari Kampung Serpan dan pencarian awal penduduk kampung hanya menemui sampan milik mangsa di lokasi.
Kata Ling Hii, pasukannya kini sedang mengatur strategi pencarian dan dengan bantuan Maritim Malaysia, gerakan mencari dan menyelamat (SAR) diperluas di kawasan laut.
Sehingga berita inI ditulis, operasi masih rancak berlangsung. – Sarawakvoice
Comments
Post a Comment