Disangka monyet, lelaki tertembak ipar sendiri semasa berburu di Sebauh

BINTULU: Terlihat bagaikan seekor monyet, lelaki tertembak ipar sendiri Bermau Bauk, 70 di kebun berhampiran Rumah Panjang Mathew, Sungai Sarau, Sebauh, Bintulu sekitar 4:30 petang Selasa.

Lelaki berusia 59 tahun itu menembak dengan senapang patah milik ayahnya semasa sedang berburu.

Ketua Polis Daerah Bintulu ACP Zailani Amit berkata, suspek memeriksa sasarannya dan mendapati mangsa terbaring serta meninggal dunia di tempat kejadian.

Zalinai berkata, senapang patah yang diguna oleh suspek dirampas dan suspek ditahan bagi membantu siasatan.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian secara cuai. – Sarawakvoice

Gambar hiasan

Comments