Gadis berusia 19 tahun mengandung akibat dirogol oleh bapa kandung, datuk, adik dan 2 bapa saudaranya di Serian

Serian: Seorang gadis berusia 19 mengandung setelah menjadi hamba seks kepada bapa kandung, adik, datuk serta dua bapa saudaranya.

Mangsa dikatakan menjadi hamba seks sejak berusia sembilan tahun.

Kes terbabit terbongkar selepas mangsa dirujuk ke hospital serian dan mengesahkan gadis terbabit hamil.

Selepas pemeriksaan mangsa mendedahkan dirogol bapa, adik, datuk serta dua bapa saudara.

Berikutan itu, pihak Hospital Serian melaporkan kejadian terbabit kepada polis.

Susulan laporan itu, polis menahan bapa, datuk serta dua bapa saudara mangsa berusia antara 26 dan 57 tahun.

Semua suspek tinggal serumah dengan mangsa di Kampung Daha Seroban, Serian,Sarawak.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sarawak, Datuk Dev Kumar, semua suspek ditahan kira-kira jam 3:30 petang tadi.

Semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Serian esok untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Kes disiasat mengikut seksyen 376B kanun keseksaan.

Comments