Ini alasan mereka:
Temasya Sukan SEA Ke-29 pada tahun 2017 yang akan berlangsung di Malaysia kemungkinan besar hanya melibatkan venue-venue di Lembah Klang sahaja.
Ketua Pegawai Eksekutif Sukan Sea 2017, Datuk Seri Zolkples Embong berkata, Sabah dan Sarawak tidak terlibat sebagai venue bagi temasya sukan dwitahunan itu.
Sabah dan Sarawak kemungkinan tidak terlibat dengan Sukan SEA 2017 kerana beberapa faktor. Pertama, Persekutuan Sukan SEA tidak menggalakkan terlalu banyak venue digunakan kerana ia boleh menimbulkan kesukaran kontinjen, terutamanya kepada ketua kontinjen (chef de mission) untuk membuat lawatan.
Bagi penulis persoalan mudah saja, jangan berjanji jika tidak mampu ditunaikan. Kerana bukan Sarawak yang tehegeh-hegeh mahu meminta acara tersebut dilangsungkan di Sarawak.
Comments
Post a Comment